Senarai episod Fairy Tail

Fairy Tail (フェアリーテイル Fearī Teiru) adalah sebuah siri anime diadaptasi daripada manga dibawah nama yang sama karya Hiro Mashima. Dihasilkan oleh A-1 Pictures Inc. dan Satelight, anime ini diarahkan oleh Shinji Ishihira, dan debut dalam TV Tokyo pada 7:30, 12 Oktober 2009.[1] Ia mengisahkan Lucy Heartfilia yang mahu menjadi ahli persatuan terkenal iaitu Persatuan Fairy Tail. Dia dibantu oleh Natsu Dragneel dan Happy, dia pergi mengembara dengan mereka bersama Gray Fullbuster dan Erza Scarlet.Majalah Shonen Mingguan isu ke-6 2014 mengumumkan pada 8 Januari, bahawa anime akan bersambung pada April 2014, dan juga menyatakan Bridge akan menggantikan studio Satelight untuk pembikinan anime. Majalah Shonen Mingguan isu ke-13 2014 mengumumkan pada 5 Mac 2014 bahawa siri anime baharu Fairy Tail akan disiarkan pada 5 April 2014 pukul 10:30 pagi dalam TV Tokyo.